suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rambut adalah ‘diva’ sebenar, Shakira sukar jaga penampilan

Rambut Shakira selalu rosak selepas melahirkan anak kedua.

PENYANYI Shakira mendedahkan bahawa cabaran terbesar yang sering dihadapinya adalah soal penjagaan rambut kerana sukar dikawal.

Menurut Shakira, 48, rambutnya sering mengalami kerosakan, perubahan tekstur serta memerlukan penjagaan rapi. 

“Ramai mengenali saya sebagai penyanyi, penari, dan seorang ibu. Namun di sebalik semua itu, saya hanyalah wanita biasa yang turut berdepan dengan masalah sama seperti orang lain terutamanya dalam soal rambut.

Shakira dedah rambutnya bukan mudah untuk dijaga kena penjagaan rapi.

“Rambut saya adalah ‘diva’ sebenar dan susah untuk diurus,” katanya berseloroh.

Shakira berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut miliknya.

Tambahnya lagi, warna rambutnya juga sering berubah secara drastik dan tidak menentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kawalan ketika menari, Shakira tergelincir di atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tak bayar cukai RM72.9 juta, Shakira bakal naik mahkamah Sepanyol

“Saya pernah mewarnakan rambut menjadi coklat, tetapi tiba-tiba ia bertukar perang tanpa sebab yang jelas. Kadangkala, saya sendiri pun keliru,” ujarnya.

Shakira turut berkongsi selepas melahirkan anak kedua, rambutnya kian berubah menjadi kerinting dan mula gugur dengan teruk.

Keadaan itu menyulitkan lagi rutin penjagaan rambutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain