suria

Dituduh terlebih sedut lemak pipi, muka baru Jenna Ortega menakutkan peminat

Netizen dakwa Jenna buang lemak pipi.

NAMA pelakon Jenna Ortega menjadi bualan ramai susulan penampilan baharunya yang mengejutkan peminat.

Jenna, 22, didakwa melakuan pembedahan kosmetik atau bichectomy pada bahagian wajahnya.

Menerusi foto yang tular di media sosial, wajah Jenna terlihat berbeza dengan sebelum ini, malah rahang juga kelihatan lebih runcing.

Rata-rata berpendapat wajah Jenna juga tidak seperti sebelum ini dan kelihatan kusam. 

Jenna seperti yakin dengan wajah barunya.

"Ekspresi muka dia sekarang nampak kosong, tak seperti dulu yang lebih natural dan ekspresif.

"Muka dia nampak terlalu tajam dan kaku, mungkin terlalu banyak ubah suai?

"Muka dia nampak menakutkan, seram," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut Instagram Jenna Ortega bertambah 10 juta pada minggu pertama ‘Wednesday’ ditayangkan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘tangkap’ tengah dating, Jenna Ortega dituduh main cinta dengan Johnny Depp

Walaupun isu ini hangat diperkatakan, Jenna memilih berdiam diri atau memberi sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut. 

Pun begitu, perkara tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang tidak senang dengan pembedahan kosmetik dalam kalangan selebriti muda.

Sekadar info, rawatan bichectomy merupakan proses pembuangan lemak pipi dan dagu dengan tujuan untuk melangsingkan wajah. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain