DRAMA keluarga bintang pemain boleh sepak David Beckham nampaknya masih berterusan apabila tidak kelihatan semasa majlis perkahwinan anak sulung mereka.
Memetik laporan TMZ, pasangan itu dikatakan tidak hadir pada majlis memperbaharui ikrar perkahwinan Brooklyn Beckham dan isterinya, Nicola Peltz yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat pada minggu lalu.
Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada keluarga David gagal apabila masing-masing tidak mahu memberikan sebarang respons ketika dihubungi.

Kesemua mereka langsung tidak hadir semasa majlis perbaharui ikrar perkahwinan Brooklyn.
Menurut sumber yang hadir pada majlis berkenaan, acara itu dilakukan adalah sebagai tanda cinta selain mahu mencipta kenangan yang akan diabadikan selamanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mahupun peminat menzahirkan rasa kekecewaan terhadap David dan menganggap dia gagal menguruskan keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: David Beckham tamatkan isu keluarga, panggil anak duduk berbincang empat mata
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dituduh tak sebulu, ucapan hari jadi Victoria Beckham buat menantu menyentuh hati
"Baik tak payah jadi ketua keluarga. Kesian kepada anak sulung, tak layak langsung ada keluarga.
"Asyik drama je keluarga ini. Harapnya Brooklyn dan Nicola terus kuat. Tak payah peduli," kata mereka.
Untuk info, ketegangan antara keluarga David itu bermula sejak perkahwinan Brooklyn dan Nicola yang berlangsung pada April 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


