suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Susah sangat ambil lesen memandu, Mi Joo beli G-Wagon dulu

Mi Joo jarang memandu sendiri.

PENYANYI Lee Mi Joo mendedahkan dia membeli sebuah kereta mewah bernilai RM530,000 (₩200 juta KRW) sebagai pembakar semangat untuk mendapatkan lesen memandu.

Mi Joo, 31, berkata dia membeli kereta Mercedes-Benz G63 AMG atau lebih dikenali sebagai G-Wagon ketika masih dalam proses mengambil lesen beberapa tahun lalu.

“Saya beli dulu kereta sebab rasa susah sangat nak habiskan proses ambil lesen. Bila dah ada kereta, baru rasa nak cepat-cepat belajar,” kata Mi Joo.

Mi Joo bersama kereta mewahnya.

Dia berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube miliknya.

Kata Mi Joo, dia mengakui tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai kereta ketika membuat pembelian tersebut. 

Dia bagaimanapun memilih model G-Wagon berdasarkan cadangan jurujual di bilik pameran.

ARTIKEL BERKAITAN: Mi Joo dedah hanya makan salad sekali sehari, peminat risau terlalu menyeksa diri untuk kurus

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg

Tambahnya lagi, walaupun sudah memiliki kereta itu selama lebih tiga tahun, dia hanya sempat memandunya sejauh lebih kurang 15,135 kilometer.

“Saya jarang memandu sendiri, dan biasanya jika keluar, saya minum alkohol, jadi tak boleh pandu,” katanya.

Walaupun begitu, Mi Joo menegaskan kemahiran memandu masih dalam keadaan baik dan cekap memegang stereng.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain