suria

Personaliti televisyen terpaksa tanggung hutang bekas suami cecah RM6.2 juta

Yu Ri berusaha selesaikan hutang secara berperingkat.

PELAKON alih suara dan personaliti televisyen Korea Selatan, Seo Yu Ri menarik perhatian ramai selepas mendedahkan dirinya kini menanggung hutang mencecah 2 bilion won (RM6.2 juta) selepas bercerai dengan penerbit, Choi Byung Gil.

Bagaimanapun jelas Yu Ri, dia sedang berusaha melangsaikan hutang tersebut sedikit demi sedikit.

Pendedahan Yu Ri itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Byung Gil yang mendakwa dirinya sedang bergelut melunaskan hutang yang ditanggung demi perniagaan bersama mereka.

Yu Ri terpaksa tanggung hutang sendirian.

Menurut Choi, wang yang dipinjam daripada Yu Ri bukan untuk kegunaan peribadi, sebaliknya sebagai pelaburan dalam syarikat Rona Universe yang mereka miliki secara bersama.

Penerbit itu turut mendakwa dia terpaksa menjual hartanah di Yeouido dan melelong rumah di Yongsan akibat tekanan kewangan.

Bagaimanapun, Yu Ri membalas dengan nada sinis, dia sepatutnya sedar dan bertindak lebih awal, terutamanya ketika Byun Gil meminta pinjaman sebanyak 35 juta won (RM120,000) tidak lama selepas mereka mula berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung hutang RM3.8 juta, Kim Sae Ron tebalkan muka pinjam duit rakan

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai lunaskan hutang, Sung Hoon beli apartment mewah bernilai RM10 juta

“Saya patut tamatkan hubungan ini sejak dia minta pinjam 35 juta won masa baru mula bercinta. Itu mungkin petanda daripada nenek moyang saya,” jelasnya.

Yu Ri turut memberi amaran dia memiliki bukti kukuh berkaitan konflik mereka dan tidak teragak-agak untuk mendedahkannya jika Byung Gil terus menyalahkan dirinya.

Pasangan ini berkahwin pada 2019, bagaimanapun mereka disahkan bercerai pada Jun tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain