PAKAIAN pentas yang digayakan oleh penyanyi K-Pop khususnya wanita sering kali menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Memetik laporan Allkpop, baru-baru ini sebuah hantaran yang dimuat naik di laman komuniti dalam talian popular di Korea Selatan mencetuskan pendebatan apabila penulis meluahkan rasa kurang senang apabila artis wanita K-Pop tampil dengan gaya seluar pendek terlalu singkat sehingga menampakkan bahagian punggung.
Dalam hantaran tersebut, penulis memberitahu dia sudah tidak sanggup untuk melihat penampilan seksi itu lagi.

Antara penampilan seluar pendek yang digayakan oleh artis wanita Korea.
"Saya dah tak sanggup nak tengok bahagian bawah punggung penyanyi-penyanyi wanita ini," luahnya.
Hal ini meraih perhatian ramai, termasuk netizen yang bersetuju menyifatkan gaya pemakaian tersebut dikatakan tidak wajar dan keterlaluan.
Namun ada juga yang kurang senang dan mempertahankan artis wanita K-Pop selain menegur wujudnya sikap tidak adil kerana penyanyi lelaki menayangkan otot mereka tidak dipersoalkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon China langgar etika pemakaian, kena halau sebab terlalu seksi
ARTIKEL BERKAITAN: Jessi dilabel samseng sebab imej seksi, pertikai artis lelaki buka baju atas pentas
"Pakaian macam itu buat saya rasa nak muntah. Kenapa mereka pakai macam ini. Kesian mata saya.
"Saya setuju, seluar itu memang terlalu singkat.
"Kenapa tak ada yang bising kalau artis lelaki tayang otot perut? Tapi kalau artis wanita tunjuk punggung terus dikecam," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


