suria

Kevin Jonas tak sangka anak ketagih patung Labubu, sanggup bayar RM400 guna duit sendiri

Kevin tak sangka anaknya sanggup berhabis duit demi patung Labubu.

PENYANYI Kevin Jonas mendedahkan anak perempuannya kini sedang ‘ketagih’ mengumpul patung mainan Labubu yang sedang tular di media sosial.

Tanpa menyebut nama, menurut Kevin, 38, salah seorang anaknya sanggup menggunakan wang simpanan sendiri semata-mata untuk mendapatkan patung tersebut secara dalam talian.

Lebih mengejutkan, patung itu dibeli tanpa pengetahuan Kevin walaupun dia sudah menasihati agar tidak meneruskan pembelian.

Kevin terkejut anaknya sanggup berhabis duit demi patung Labubu.

“Dia tanya saya dulu, patut beli ke tak? Harga asal lebih kurang RM350, tapi lepas tambah kos penghantaran jadi sekitar RM400.

“Saya cakap, jangan beli... tapi beberapa hari lepas tu, patung tu tiba juga kat rumah!,” katanya.

Kevin yang juga anggota kumpulan Jonas Brothers berkata dia tidak pernah memberi wang untuk pembelian patung tersebut dan semua dilakukan sendiri oleh anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kevin Jonas Brothers hampir diisytihar muflis, 90 peratus pelaburan hartanah dibuat gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Tahi lalat disangka pemanis wajah, Kevin Jonas disahkan hidap kanser kulit

“Saya nak tegaskan, saya tak pernah bayar untuk benda tu. Dia guna kad debit sendiri, duit simpanan dia,” ujarnya.

Fenomena patung Labubu menjadi trend di seluruh dunia dan menarik perhatian ramai termasuk golongan selebriti seperti Rihanna, Kim Kardashian dan Megan Thee Stallion.

Walaupun nampak comel dan kecil, harga patung ini boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada jenis dan edisi terhad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain