PELAWAK Matt Rife mendedahkan dirinya bersama rakan baik, Elton Castee kini merupakan pemilik sah kepada patung seram Annabelle.
Katanya mereka sudah membeli Muzium seram milik Ed & Lorraine Warren yang terletak di Monroe, Connecticut, Amerika Syarikat.
Selain patung Annabelle, kedua-duanya turut mengambil alih penjagaan lebih 750 objek paranormal dan traumatik, sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun.

Matt (kanan) dan Elton Castee sudah mempunyai pelbagai rancangan.
“Pengumuman gila, saya dan Elton secara rasmi membeli rumah Ed dan Lorraine Warren serta Muzium Ghaib.
"Saya penjaga sah keseluruhan koleksi berhantu termasuk The Annabelle Doll selama lima tahun,” katanya di Instagram.
Walaupun tidak memiliki hak milik penuh ke atas barang bersejarah itu tapi mereka kini bertanggungjawab secara rasmi untuk menjaga keselamatannya.
Kata Matt, minat terhadap dunia paranormal serta gemar menonton The Conjuring mendorong mereka membeli muzium tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tyra Banks ketagih korek kotoran kuku kaki dan picit jerawat orang
ARTIKEL BERKAITAN: Mesej lucah dengan gadis bawah umur terbongkar, bekas ahli Maroon 5 mengamuk pada isteri
Difahamkan mereka juga mencadang untuk membuka semula muzium tersebut kepada orang awam, termasuk menyediakan penginapan bermalam agar pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman seram di lokasi bersejarah itu.
Muzium dijangka dibuka semula menjelang Halloween 2025 sebagai usaha menghidupkan semula minat masyarakat terhadap sejarah ghaib.
Untuk makluman, beberapa filem terkenal yang diinspirasikan daripada kisah muzium ini seperti The Conjuring 2013, Annabelle (2014), The Conjuring 2 (2016), Annabelle: Creation (2017), The Nun (2018), Annabelle Comes Home The Conjuring (2019), Annabelle Comes It The Conjuring (2019) dan The Nun II (2023).
Walaupun berdasarkan kes sebenar kebanyakan kandungan filem itu telah ditokok tambah untuk tujuan dramatik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


