suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesai lunaskan hutang, Sung Hoon beli apartment mewah bernilai RM10 juta

Selesai melunaskan hutang, Sung Hoon membeli pangsapuri mewah.

PELAKON Sung Hoon mencuri perhatian ramai apabila membeli sebuah pangsapuri mewah di kawasan elit terletak di Seoul, Korea Selatan.

Koreaboo melaporkan pembelian ini dibuat selepas Sung Hoon, 40, berjaya melunaskan hutangnya yang terkumpul selama bertahun-tahun sejak memulakan kariernya sebagai pelakon.

Kediaman tersebut terletak di kawasan Gangnam yang terkenal dengan kediaman mewah dan gaya hidup selebriti Korea Selatan.

Untitled design (4)

Sung Hoon mula berhutang sejak menjadi seorang pelakon.

Dikhabarkan bahawa nilai hartanah itu mencecah hampir 3 bilion Won bersamaan lebih kurang RM10 juta.

Kejayaan ini disumbangkan oleh populariti Sung Hoon dalam pelbagai drama termasuk siri terkenal My Secret Romance.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan banglo mewah Yoo Ah In bernilai RM26 juta dibeli oleh kanak-kanak berusia 7 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee beli penthouse RM16.3 juta, berjiran dengan Hyun Bin dan Son Ye Jin

Selain terlibat dalam lakonan, pelakon itu juga aktif dalam dunia pengiklanan dan rancangan hiburan yang meningkatkan pendapatannya secara signifikan.

Sung Hoon meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat yang menjadi pendorong utama kejayaan dalam karier seninya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain