PENYANYI rock Marilyn Manson bebas daripada dakwaan melakukan serangan seksual dan penderaan selepas siasatan dilakukan selama empat tahun.
Tuduhan tersebut bermula apabila bekas tunangnya iaitu Evan Rachel Wood mendedahkan dia menjadi mangsa penderaan semasa mereka bercinta pada 2007.
Wood mendakwa Manson, 56, melakukan penderaan fizikal, emosi dan seksual semasa sepanjang mereka menjalinkan hubungan.

Manson didakwa melakukan serangan seksual terhadap beberapa wanita.
Selain itu, pelakon Esme Bianco turut mendakwa menjadi mangsa serangan seksual ketika menjalin hubungan dengan Manson pada 2011.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Daerah Los Angeles mendapati bukti dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mendakwa Manson di mahkamah.
Sebahagian tuduhan juga tidak dapat diteruskan kerana sudah melepasi tempoh had masa undang-undang walaupun mangsa telah tampil memberi keterangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Paris Jackson Mahu Bunuh Diri, Marilyn Manson Kirim Ucapan
ARTIKEL BERKAITAN: Marilyn Manson Nyaris Putus Telinga Kerana Bergaduh
"Kami telah menentukan bahawa dakwaan serangan seksual dan keganasan rumah tangga berada di luar status pengehadan dan kami tidak boleh membuktikan sebarang tuduhan," katanya.
Peguam Manson iaitu Howard King menafikan semua tuduhan dan menyifatkan ia sebagai dakwaan palsu bertujuan menjatuhkan reputasi penyanyi itu.
Untuk rekod, pihak berkuasa memulakan siasatan pada 2021 dan menyiasat dakwaan insiden yang didakwa berlaku antara 2009 dan 2011 di kediaman Manson di Hollywood Barat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


