suria

Paris Jackson Mahu Bunuh Diri, Marilyn Manson Kirim Ucapan

Paris Jackson
Paris Jackson
Paris Jackson

BARU-BARU ini, penyanyi rock Marilyn Manson menjadi salah seorang selebriti yang mendoakan agar anak mendiang Michael Jackson iaitu Paris segera pulih gara-gara cubaan membunuh diri pada Rabu lalu.

Marilyn telah mengirimkan ucapan kepada Paris selepas mendapat tahu dia menjadi salah satu penyebab gadis berusia 15 tahun itu tersebut mencederakan dirinya.

Menurut sumber, Paris berang apabila dia tidak diizinkan menonton konsert Marilyn selain menjadi mangsa buli di sekolah.

"Aku harap kamu semakin pulih. Akan aku masukkan kamu sebagai tetamu khas pada bila-bila yang kamu suka," ujar Marilyn dalam nota itu.

Bagaimanapun, salah satu sumber di Hospital California memberitahu, selain tidak dapat menonton konsert berkenaan, kekecewaan Paris itu ditambahkan lagi dengan pelbagai tekanan sejak ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain