PENYANYI rap Machine Gun Kelly (MGK) masih berusaha menambat semula hati pelakon Megan Fox sejak mereka berpisah sebulan lalu. Menurut sumber terdekat MGK, penyanyi berusia 34 tahun itu sentiasa mencari peluang memperbaiki hubungan tersebut apatah lagi Megan sedang hamil anak mereka. Aktres itu dijangka bersalin pada Mac depan. MGK masih cuba memujuk Megan. "Dia masih cuba untuk kembali kepada Megan dan berharap diberi peluang memperbaiki kesilapan. "Hubungan mereka sangat dramatik tapi dia masih tidak berputus asa," katanya memetik laporan Geo.News. Sementara itu, Megan tetap dengan pendiriannya untuk mengakhiri hubungan mereka kerana merasakan ia keputusan paling baik. ARTIKEL BERKAITAN: Baru umum sedang hamil, Megan Fox tinggalkan Machine Gun Kelly ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto ‘baby bump’ di IG, impian Megan Fox mahu ada anak bersama MGK bakal tercapai Pun begitu, dia tidak menghalang MGK untuk melawat bayi mereka selepas dia bersalin nanti. "Megan tak akan halang MGK daripada berjumpa dengan anak mereka walaupun akan memfailkan hak penjagaan penuh. "Megan percaya MGK tidak mampu menjaga dan membesarkan anak mereka dengan baik," kongsinya. Megan dan MGK bakal timang cahaya mata sulung. Pada Disember lalu, Megan dilaporkan sudah berpisah dengan MGK selepas dua minggu mengumumkan kehamilannya. Megan membuat keputusan tersebut selepas penyanyi berkenaan terkantoi menghantar mesej tidak senonoh kepada wanita lain. Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!