suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru umum sedang hamil, Megan Fox tinggalkan Machine Gun Kelly

size NP 1 (18)

PELAKON Megan Fox dilaporkan sudah berpisah dengan Machine Gun Kelly (MGK) dua minggu selepas mengumumkan kehamilannya.

Megan mengambil keputusan itu selepas penyanyi rap tersebut 'kantoi' menghantar mesej tidak senonoh kepada wanita lain.

Malah pelakon filem Transformers itu sebenarnya sudah bosan dengan sikap MGK yang tidak pernah berubah sepanjang lima tahun mereka menjalinkan hubungan cinta.

size NP 1 (17)

Megan dan MGK sudah tidak sehaluan.

"Dia sekarang hanya mahu memberi tumpuan kepada kandungannya dan enggan berfikir perkara remeh temeh dalam hidupnya," kata sumber terdekat pelakon tersebut.

Megan yang hamil enam bulan dijangka bersalin pada Mac tahun depan.

Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto ‘baby bump’ di IG, impian Megan Fox mahu ada anak bersama MGK bakal tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Bertengkar lagi! Megan Fox cabut cincin tunang, bagi ‘hint’ hubungan dengan Machine Gun Kelly berakhir

Megan sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Brian Austin Green dan dikurniakan tiga anak iaitu Noah Shannon Green, 12, Bodhi Ransom Green, 10, dan Journey River Green, 8.

Manakala, MGK pula mempunyai seorang anak perempuan iaitu Casie Colson Baker, 16, hasil perkahwinan bersama Emma Cannon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia