suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertengkar lagi! Megan Fox cabut cincin tunang, bagi ‘hint’ hubungan dengan Machine Gun Kelly berakhir

Hubungan Megan dan Kelly dikatakan bermasalah sejak Ogos tahun lalu.

HUBUNGAN pelakon Megax Fox dan tunangnya Machine Gun Kelly kini dilaporkan sedang bermasalah.

Menerusi laporan People, sumber memberitahu berlaku pertengkaran antara mereka hujung minggu lalu dan Megan, 36, juga dikatakan tidak lagi memakai cincin pertunangan.

"Mereka bertengkar hujung minggu lalu. Megan sangat kecewa dan tidak mahu bercakap tentang hal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ini macam belangkas... Hubungan Megan Fox dan Machine Gun Kelly didakwa sudah berakhir

"Dia masih belum memutuskan hubungan secara rasmi namun Megan sudah tidak memakai cincin pertunangan.

"Memang ada masalah antara mereka, namun kali ini isu tersebut semakin serius," kata sumber berkenaan.

Spekulasi hubungan mereka mula menjadi perhatian apabila Megan dilihat menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada Isnin lalu.

Sebelum itu, dia berkongsi video menunjukkan sekeping sampul surat yang dibakar seolah-oleh memberi gambaran tentang masalah tersebut.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna media sosial mendakwa Kelly curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia