suria

Tidak lagi berbual di media sosial… Lee Kwang Soo, Song Joong Ki didakwa sudah putus kawan

Lee Kwang Soo dan Song Jong Ki dah renggang?

UMUM tahu bahawa Song Joong Ki dan juga Lee Kwang Soo merupakan sahabat baik sejak daripada rancangan Running Man lagi.

Terbaharu, timbul khabar angin mendakwa Lee Kwang Soo dan juga Song Joong Ki telah memutuskan persahabatan mereka.

Memetik laporan Kbizoom, perkara itu disedari ramai selepas Song Joong Ki membuat pengumuman tentang berita perkahwinannya dengan Katy Louise.

instagram-songjoongkionly

Lee Kwang Soo dan Song Jong Ki berkawan baik sejak berada Running Man.

Lebih menguatkan berita itu, apabila dua aktor itu kini tidak lagi saling menyokong filem lakonan masing-masing.

Malah mereka juga dikatakan sudah lama tidak tampil bersama di sesebuah acara.

Bukan itu sahaja, mereka dikatakan tidak lagi berbual di media sosial seperti dulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki bakal kahwin lagi, sudah daftar pernikahan dengan wanita Inggeris

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja lucu, ada sebab lain Lee Kwang Soo disayangi peminat

Menurut sumber, kali pertama dua sahabat itu dilihat bersama adalah sekitar April 2021 ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Pun begitu, boleh jadi mereka kini sedang sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tiada masa untuk bertemu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain