suria

Bukan sahaja lucu, ada sebab lain Lee Kwang Soo disayangi peminat

Kwang Soo disayangi peminat.

SIAPA yang tidak kenal dengan Lee Kwang Soo, bukan? Sejak menyertai program Running Man, pelakon itu menjadi perhatian dan diminati ramai sehinggakan diberi jolokan Prince of Asia.

Ramai yang tertarik dan jatuh hati dengan personalitinya yang ceria, bersahaja dan lucu tetapi ada pelbagai sebagai lain mengapa Kwang Soo menjadi selebriti paling disayangi di Korea Selatan.

Berikut adalah 10 sebab lain mengapa ia diminati peminat dan mungkin ada di antara sebabnya tidak diketahui ramai.

1. Kwang Soo sering memperlihatkan personaliti bersahaja dan sentiasa tersenyum apabila dihadapan kamera, malah dia sangat disenangi rakan-rakan artis, media dan peminat.

Kwang-soo Icon of Misfortune (4)

Personalitinya yang melucukan membuat peminat senang dengannya.

2. Tindakannya mengutip sampah ketika menghadiri tayangan perdana sebuah filem menjadi topik hangat sehingga video tersebut tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS tampil dengan vlog secara solo, projek selepas umum berehat

3. Ketika sambutan hari jadinya, Kwang Soo mengambil keputusan untuk menderma semua hadiah yang diterima kepada kanak-kanak memerlukan.

4. Pada 2009, peminat terkejut melihat Kwang Soo di jalanan apabila membantu pasangan warga emas yang cedera akibat dilanggar pemandu mabuk dan membuat laporan polis.

5. Kwang Soo turut menjadi saksi kes berkenaan di mahkamah. Meskipun sibuk dengan jadual penggambaran, dia tetap hadir ke mahkamah kerana bimbang warga emas itu tidak mendapat keadilan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain