suria

Justin Bieber semakin pulih, tambah bilangan konsert jelajah dunia

Kesihatan Bieber kini semakin baik.

PENYANYI popular antarabangsa, Justin Bieber yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit sindrom Ramsay Hunt iaitu lumpuh sebelah wajah kini dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Bieber yang kini sedang dalam tempoh berehat dikatakan seronok menikmati masa tersebut bersama isteri, Hailey Bieber.

Kedua-duanya kelihatan seronok bercuti di atas sebuah bot di kawasan hutan simpan Coeur d'Alene, Idoho, Amerika Syarikat.

Menurut sumber, Bieber berusaha menyempurnakan sesi rawatan terapi sebelum benar-benar pulih bagi meneruskan konsrt jalajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik bercuti di pulau persendirian, foto Justin Bieber bercermin mata hitam tarik perhatian

"Isterinya banyak membantu untuk bagi memastikan Bieber kekal sihat seperti biasa," ujar sumber.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 2018 dalam sebuah majlis tertutup di New York, Amerika Syarikat.

Sebanyak 45 tarikh persembahan dirombak semula termasuk penambahan 19 lokasi baharu konsert.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain