suria

Beli penthouse RM6.6 juta, Ranveer Singh berjiran dengan Salman Khan dan Shah Rukh Khan

Kediaman mewah Ranveer melayakkannya untuk mendapat hak akses 19 buah pakir kereta.

AKTOR tampan, Ranveer Singh membeli sebuah penthouse mewah bernilai Rs 199 crore (RM6.6 juta) di kawasan perumahan mewah India, Bandra Bandstand, Mumbai.

Ranveer bersama bapanya, Jugjeet Sundersingh Bhavnani membeli rumah tersebut bermula dari tingkat 16 sehingga 19.

Menurut wakil hartanah, Ranveer mendapat akses 19 buah pakir kenderaan di dalam bangunan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada tiga wanita penting dalam hidup Ranveer Singh

"Secara keseluruhan rumah kediaman yang masih dalam proses pengubahsuaian itu memiliki keluasan 11,266 kaki persegi di samping keluasan teres 1,300 kaki per segi," katanya.

Menariknya lagi lokasi rumah terbabit terletak berhampiran dengan kediaman Shah Rukh Khan di Mannat dan aktor Salman Khan di Apartment Galaxy.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain