suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak perempuan anggap fesyen Victoria Beckham keterlaluan

Harper kerap mengkritik pemilihan fesyen ibunya.

IKON fesyen, Victoria Beckham yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls mengakui anak perempuannya, Harper pernah mengkritiknya dalam soal pemilihan pakaian.

Kongsi Beckham, Harper mungkin tidak memahami mengenai citarasa fesyennya kerana tidak membesar ketika era dirinya sebagai bintang pop terkenal.

Katanya, Harper juga memiliki sikap yang berlainan dengan kanak-kanak seusianya yang gemarkan berfesyen dan bersolek.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria, David Beckham dapat menantu, adakan majlis perkahwinan mewah RM16 juta!

"Dia bukan salah seorang daripada kanak-kanak masa kini yang gemar keluar dengan muka penuh bersolek dan berdandan dari hujung kaki ke hujung kepala.

Untitled design (23)

Victoria dan David cukup dikenali kerana fesyen mereka.

"Baru-baru ini Harper memberikan pandangannya dalam fesyen apabila melihat beberapa gambar saya memakai skirt pendek.

"Ternyata dia tidak boleh menerima dan mengatakan skirt itu terlalu pendek dan agak keterlaluan," jelasnya.

Meskipun begitu, Harper tetap menginginkan pakaian Gucci yang pernah dipakai oleh ibunya sekitar tahun 1997 setelah kedua-duanya menonton video mengenai kumpulan Spice Girls. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain