suria

Ada tiga wanita penting dalam hidup Ranveer Singh

Ibu dan isteri adalah kekuatan Ranveer.

DIKELILINGI wanita sepanjang hidupnya membuatkan pelakon Ranveer Singh cukup tahu untuk menghargai golongan tersebut.

Menurutnya, wanita jugalah yang banyak membentuk dirinya sehingga berjaya hari ini.

Kata Ranveer, tiga wanita utama dalam hidupnya adalah ibu, kakak dan isterinya iaitu pelakon Deepika Padukone.

"Apa yang terjadi kepada saya hari ini adalah disebabkan wanita-wanita istimewa yang ada di sekeliling saya. Sejak kecil lagi tenaga wanita telah banyak mempengaruhi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja 18 jam sehari sebelum kahwin, kini isteri susun jadual Ranveer Singh... Syukur lebih hargai kehidupan

"Mereka bukan sekadar menyokong saya, bahkan mereka adalah dunia saya.

"Ibu adalah segala-galanya buat saya. Manakala kakak pula bagaikan ibu kedua. Semenatara itu isteri adalah kekuatan untuk saya terus 'terbang'," katanya seperti yang dipetik dari Pinkvilla.

Sebagai penghargaan buat semua wanita yang banyak membantu dalam hidupnya, Ranveer mahu mereka semua menonton filem terbaharu lakonannya berjudul Jayeshbhai Jordaar.

Filem tersebut membawa kisah watak Gujju lakonan Ranveer yang berjuang menuntut keadilan demi anak yang masih dalam kandungan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain