suria

Kerja 18 jam sehari sebelum kahwin, kini isteri susun jadual Ranveer Singh... Syukur lebih hargai kehidupan

Jadual Ranveer kini disusun oleh isterinya, Deepika.

PELAKON Ranveer Singh mendedahkan dia bekerja selama 18 jam sehari sehingga menyebabkan dirinya gagal mengimbangkan gaya hidup dengan betul.

Bagaimanapun, kehidupan Ranveer kembali teratur selepas isteri iaitu aktres Deepika Padukone menyusun semula jadualnya.

"Jika diberi pilihan, saya akan bekerja selama 18 jam sehari. Apa yang kita ada hanyalah masa dan apa yang menentukan kita ialah apa yang kita lakukan dengannya.

"Saya telah terlalu obses dengan kerajinan saya, dan saya tidak mempunyai keseimbangan dalam kerja dan kehidupan untuk masa yang agak lama.

"Hanya apabila Deepika datang ke dalam hidup saya, dia membuatkan saya menghargai kehidupan. Dia duduk bersama saya dan menyemak kalendar saya untuk memastikan perkara yang sama," katanya.

Untuk rekod, Ranveer mendirikan rumah tangga dengan Deepika pada 14 November 2018 di Itali.

Sumber - Hindustantimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain