suria

Ria Ricis mahu suami balik rumah cepat, banyak 'drama' dalam rumah tangga sejak hamil

Ria lebih manja dengan suami sejak hamil.

KETIKA usia kandungan memasuki empat bulan, Ria Ricis memberitahu dia tidak banyak mengalami perubahan emosi seperti kebanyakan ibu mengandung lain.

Bagaimanapun kata Ria, banyak ‘drama’ yang berlaku antara dia dan suami iaitu Teuku Ryan walaupun hanya disebabkan perkara kecil.

“Trimester pertama hanya mual dan muntah sahaja. Masuk trimester kedua saya sentiasa rasa mahu dekat dengan suami. Tetapi dia jarang pulang ke rumah. Itulah cabaran yang saya hadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mahu bersalin secara normal, kerap buat senaman regangan otot

“Banyak juga ‘drama’ yang berlaku disebabkan perkara kecil. Sebagai contoh saya apabila kaki suami bergesel dengan saya ketika tidur ia boleh jadi satu perkara yang dianggap besar.

“Apabila difikirkan kembali memang ada rasa lucu. Mungkin kerana anak dalam kandungan ini mahu manja dan selalu dekat dengan bapanya,” katanya seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

Sementara itu, bagi memastikan dirinya dan kandungan sentiasa sihat, Ria mengambil vitamin sampingan dan sentiasa minum air dengan banyak.

“Sejak tahu hamil, saya tidak berhenti untuk mengambil vitamin yang baik untuk kesihatan diri dan kandungan.

“Jadual harian sentiasa padat jadi saya sentiasa menjaga kesihatan,” jelasnya.

Adik kepada Oki Setiana Dewi ini mendirikan rumah tangga dengan Ryan pada November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain