suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hyeri abaikan komen negatif, sedar diri tak semua orang suka

Hyeri tidak ambil hati dengan komen netizen,

PELAKON Hyeri mendedahkan dia kerap membaca komen-komen di media sosial namun lebih memandang yang positif berbanding negatif.

Menganggap ia salah satu aspek kerjanya, Hyeri berkata dia memilih untuk menutup komen netizen yang dilihat tidak menyukainya.

"Sebenarnya, ada banyak komen baik daripada buruk, jadi tak apa. Bila saya melihat sesuatu tidak masuk akal, saya berkata pada diri sendiri, 'orang ini mesti benar-benar tidak menyukai saya,' dan move on.

"Tetapi kadang-kadang, ada komen yang saya tutup. Tapi saya menerimanya sebagai salah satu aspek kerja saya," katanya.

Pelakon drama My Roommate Is a Gumiho itu berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sesi fotografi dan temu bual bersama majalah GQ Korea! keluaran April.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia