suria

Muat naik gambar kaki di dada kekasih, Kim Kardashian dituduh mempunyai fetish pelik

Hubungan Kim Kardashian dan Pete Davidson semakin hangat.

TINDAKAN Kim Kardashian memuat naik gambar kakinya yang diletakkan di bahagian dada kekasih, Pete Davidson mengundang spekulasi bahawa bintang realiti itu mempunyai kesukaan pelik iaitu fetish kaki.

Tidak hanya pengikut Instagram, adik Kim iaitu Khloe Kardashian turut dilihat meninggalkan komen pada gambar tersebut dan bertanya sama ada kakaknya itu fetish terhadap kaki.

"Adakah kamu dah Pete juga mempunyai fetish?, kata Khloe yang merujuk kepada kakaknya, Kourtney Kardashian dan suami, Travis Baker yang pernah memuat naik gambar sama.

Kim dalam respon ringkasnya membalas komen Khloe dengan berkata tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber semakin pulih, tambah bilangan konsert jelajah dunia

Kim mula bercinta dengan Pete, 28, sejak tahun lalu dan pasangan itu semakin terbuka tentang hubungan cinta kepada umum termasuk memuat naik gambar percutian mereka ke Tahiti baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi episod terbaharu program realiti The Kardashian, penampilan sulung Pete dalam siri itu mengundang perhatian penonton apabila dalam salah satu babak, Kim mengajak teman lelakinya itu mandi bersamanya.

Babak itu mendapat kecaman netizen dan menganggap tindakan pasangan itu tidak bermoral.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain