suria

Pengacara terpalit kes salah laku seksual, jenama terkenal tarik iklan di Fuji TV

Nakai bersara di tengah-tengah isu gangguan seksualnya.

PENGACARA Jepun Nakai Masahiro mengumumkan persaraannya selepas namanya terpalit dalam kes salah laku seksual.

Nakai, 53, turut memberitahu akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan yang telah mencetuskan pelbagai isu dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Saya akan bersara daripada aktiviti hiburan dan telah menyelesaikan semua perbincangan dengan stesen TV, penyiar radio dan penaja mengenai penamatan kontrak saya.

Untitled design (12)

Nakai kesal akan perbuatannya dan memilih untuk bersara dari dunia hiburan.

"Saya akan menghadapi semua masalah dengan ikhlas dan menjawab dengan sepenuh hati. Saya sendiri akan bertanggungjawab untuk segalanya," katanya.

Sebelum ini, Nakai didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita semasa majlis makan malam yang dianjurkan oleh Fuji Televisyen pada 2023.

Pengacara itu mengakui kesalahannya dan melakukan penyelesaian luar mahkamah dengan membayar 90 juta Yen (kira-kira RM3.3 juta) kepada wanita berkenaan tetapi menafikan melakukan sebarang bentuk keganasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Se Young nampak tak selesa dipeluk pelakon senior, netizen anggap itu gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Blake Lively tak berani keluar rumah, dedah jadi mangsa gangguan seksual Justin Baldoni

Skandal ini mencetuskan kontroversi besar di Jepun sehingga syarikat jenama kereta Toyota dan Nissan menarik pengiklanan mereka daripada Fuji TV.

Pada awal Januari, Fuji TV telah menggantung rancangan mingguan yang dihoskan oleh Nakai.

Malah presiden Fuji TV iaitu Koichi Minato membuat permohonan maaf kepada umum dan mengumumkan siasatan untuk menangani kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain