FENOMENA sinetron Bawang Putih Bawang Merah benar-benar meninggalkan kesan buat pelakon Revalina S Temat meskipun sudah lebih 20 ia ditayangkan. Malah menurut Revalina, 40, sehingga kini masih ada yang memanggil dengan gelaran Bawang Putih yang merupakan wataknya dalam drama tersebut. "Sampai sekarang masih ada yang panggil saya Bawang Putih sedangkan sudah 20 tahun lalu drama itu ditayangkan. Drama tersebut benar-benar menjadi dan sehingga sekarang orang masih tahu. Revalina kekal cantik persis remaja. "Tak sangka kesannya watak Bawang Putih begitu besar sekali. Saya hanya mampu meluahkan rasa syukur," katanya. Dalam drama tersebut Revalina memegang watak Alya atau Bawang Putih dan bergandingan bersama Nia Ramadhani dengan karakter Siska (Bawang Merah). Bukan hanya di Indonesia, drama tersebut juga mendapat sambutan baik buat peminat sinetron di Malaysia sekitar tahun 2004. ARTIKEL BERKAITAN: Abimana Aryasatya kongsi kisah gelap kena buli, dipanggil ‘babi’ di set penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga minta bantuan buat reviu, Ayu Ting Ting dipuji tetap bayar walaupun diberi percuma Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Revalina memberitahu dia kini masih diberi tawaran memegang watak usia remaja biarpun usia semakin meningkat. Malah dia sendiri akui belum bersedia untuk membawa karakter seorang ibu dalam mana-mana drama lakonannya. "Saya pun tertanya-tanya tentang rahsia awet muda selama ini. Setakat ini masih belum terbiasa membawa watak ibu-ibu. Saya terima sahaja peluang yang ada sekarang," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!