suria

Marshanda dah tak fikir soal jodoh, tulis lirik lagu cara hilangkan sepi

Marshanda reda sekiranya jodoh belum tiba.

KEINGINAN mempunyai pasangan hidup bukan lagi keutamaan buat pelakon Marshanda.

Menurut Marshanda atau Andriani Marshanda, 36, dia tidak khuatir sekiranya jodohnya belum tiba memandangkan fokusnya kini lebih kepada keluarga dan kerjaya.

"Pernah juga saya rasa sepi bila berseorangan tapi bila lama-kelamaan ni jadi okay dan fokus beralih kepada kerja dan keluarga saja.

830 x 533 - 1

Marshanda reda sekiranya tak ada jodoh lagi.

"Saya seronok bila luangkan masa dengan keluarga," katanya ketika ditemui di Bintaro, Jakarta Selatan.

Sejak berpisah dengan bekas suami Ben Kasyafani pada tahun 2014, Marshanda memberitahu dia banyak belajar menjadi seorang wanita lebih berdikari.

Dalam pada itu, pelakon drama Soleha ini banyak mengisikan kekosongan dirinya itu dengan melakukan hobi kesukaannya seperti menulis puisi atau lirik lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keinginan bersuami masih tinggi, Marshanda cari calon boleh jadi imam

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 21 jam dan amal IF, Marshanda berjaya turun berat badan 20 kilogram

"Kalau saya kesepian jadi akan luahkan perasaan tu dengan tulis sebuah puisi atau lirik lagu," luah Marshanda.

Walaupun sudah lama berstatuskan ibu tunggal namun itu bukan alasan untuk dia mencari pasangan dalam masa terdekat ini.

Ditanya soal berkahwin lagi, Marshanda hanya berserah dan yakin dengan ketentuan jodoh tuhan buatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain