PENYANYI Nam Tae Hyun aktif melibatkan diri dalam program pencegahan penggunaan dadah dalam kalangan remaja di Korea Selatan. Tae Hyun, 31, menggunakan peluang itu dengan berkongsi pengalaman peribadi dengan harapan ia dapat memberi pengajaran kepada orang lain agar menjauhi najis dadah. Bekas anggota kumpulan Winner itu komited dengan kempen pencegahan itu kerana tidak mahu melihat golongan remaja terjerumus dalam penggunaan dadah sepertinya. Tae Hyun kini bergiat aktif dalam kempen pencegahan dadah. "Dia sendiri pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan dia menggunakan pengalaman itu untuk memberi kesedaran kepada orang lain terutamanya golongan remaja agar menjauhi barang terlarang. "Sejak kebelakangan ini Tae Hyun memang banyak melibatkan diri dalam program-program sedemikian sejak dia dibebaskan dari penjara," kata sumber. Susulan itu, ramai mengagumi kekuatan Tae Hyun mengubah kehidupannya selepas dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Seo Min Jae tak sengaja dedah video ambil dadah bersama Nam Tae Hyun, polis keluarkan waran tangkap ARTIKEL BERKAITAN: Nam Tae Hyun langgar pemandu teksi, lari sebab memandu dalam keadaan mabuk "Sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan tetapi tidak semua orang dapat bangkit semula daripada kesalahan. "Kita harus menghargai usaha Tae Hyun yang bersungguh-sungguh membina semula kehidupannya dan berkongsi pengalaman dengan orang lain," komen netizen. Pada Disember 2022, Tae Hyun didakwa membeli 0.2 gram dadah jenis methampthetamine melalui Telegram. Pada Januari 2024, Mahkamah Seoul menjatuhi Tae Hyun hukuman penjara selama setahun terhadapnya selain pengawasan selama dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!