suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jung Yong Hwa jalani pembedahan akibat kecederaan lutut

Yong Hwa mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

ANGGOTA kumpulan CN BLUE iaitu Jung Yong Hwa menjalani pembedahan pada Isnin akibat koyakan meniskus iaitu kecederaan di bahagian lutut.

Perkara itu disahkan sendiri oleh agensi CN Blue yang mengeluarkan kenyataan di sebuah komuniti online mengenai status kesihatan penyanyi berkenaan.

Yong Hwa sebelum ini dilaporkan mengalami ketidakselesaan pada bahagian lutut dan telah menerima rawatan di hospital.

cn - 1

Yong Hwa menerima rawatan daripada pakar di hospital.

"Kami ingin memaklumkan kepada peminat tentang pembedahan lutut yang akan dijalani oleh Yong Hwa.

"Baru-baru ini, Yong Hwa mengalami ketidakselesaan pada bahagian lututnya dan telah membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Dia disahkan mengalami koyakan meniskus di lutut kanan.

"Susulan itu, pihak hospital menyarankan agar Yong Hwa menjalani pembedahan pada hari ini (Isnin)," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Yong Hwa Dedah Ketinggian & Berat Badan Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Yong Hwa CN Blue Rancang Berkahwin Usia 45 Tahun

Dalam pada itu, pihak pengurusan Yong Hwa memberitahu segala aktiviti seni penyanyi berkenaan akan diteruskan selepas ini mengikut nasihat daripada pakar perubatan.

"Selepas berbincang, kami memutuskan untuk meneruskan aktiviti yang dijadualkan mengikut nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.

"Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dan akan memberikan rawatan terbaik bagi memberikan kesembuhan segera buat Yong Hwa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain