suria

Kongsi foto tolak ‘stroller’, Henry Cavill dah jadi bapa

Henry Cavil sudah bergelar bapa.

PELAKON Henry Cavill dikhabarkan kini sudah bergelar bapa apabila kekasihnya iaitu Natalie Viscuso selamat melahirkan anak mereka.

Menurut laporan People, pasangan ini berkongsi foto yang turut memperlihatkan kereta sorong bayi sewaktu bersiar-siar di Gold Coast, Australia.

830 x 533 - 1

Henry Cavil selesa sorokkan indentiti anaknya.

Henry sekarang ini berada di Australia bagi sesi penggambaran filem terbarunya berjudul Voltron dikatakan membawa bersama keluarga kecilnya itu untuk menemaninya sepanjang penggambaran.

Bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat lanjut yang dikongsikan bintang Man of Steel ini, malah dia dilihat lebih selesa mengunci mulut dan tidak mendedahkan perkara ini kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Henry Cavill teruja bakal timang anak, sudah 7 tahun pasang impian jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Henry Cavill tolak babak intim, berbogel hanya untungkan penerbit filem

Berita gembira itu terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat yang menanti-nanti pengumuman rasmi pelakon berkenaan.

Untuk rekod, Henry dan Natalie dikhabarkan menjalin hubungan percintaan hampir tiga tahun dan hubungan mereka mula dihidu umum pada April 2021 apabila masing-masing kerap mendedahkan foto bersama di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain