suria

Henry Cavill teruja bakal timang anak, sudah 7 tahun pasang impian jadi bapa

Henry dan pasangan teruja bakal terima anak pertama

KETIKA heboh khabar angin mendakwa Natalie Viscuso sedang berbadan dua, pelakon Henry Cavill seakan-akan memberi bayangan mengesahkan mengenai perkara itu.

Meskipun tidak mendedahkan maklumat mengenai kehamilan itu, Henry berkata dia dan kekasihnya itu terlalu teruja dan tidak sabar ingin menimang cahaya mata.

henryyy

Henry jadi bapa ketika usia 41 tahun

"Saya sangat gembira apabila ditanya mengenai hal itu. Natalie dan saya sangat bersemangat menantikan kelahiran ini," katanya.

Bintang filem Superman itu juga dilihat tersenyum lebar apabila ditanya mengenai persediaan menyambut kelahiran anak pertamanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Henry Cavill tolak babak intim, berbogel hanya untungkan penerbit filem

ARTIKEL BERKAITAN: Baju tertanggal semasa jadi juri, Katy Perry menyorok bawah meja tutup guna bantal

Sebelum ini, Henry pernah menyatakan hasrat ingin menjadi seorang bapa sekitar tahun 2017.

"Jika suatu hari nanti saya ada anak, saya ingin menjadi ayah yang boleh bimbing mereka tapi saya ingin menjadi ayah yang aktif dan sihat," katanya seperti dilapor Men's Health U.K.

Pasangan Henry Cavill dan Natalie Viscuso dikhabarkan menjalin hubungan percintaan hampir tiga tahun dan hubungan mereka mula dihidu umum pada April 2021 apabila masing-masing kerap mendedahkan foto bersama di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain