suria

Tembakan sekadar amaran buat Salman Khan, polis berjaya berkas 2 suspek

Suspek kes tembakan di rumah Salman berjaya diberkas pihak polis.

DUA suspek yang melepaskan tembakan di kawasan kediaman pelakon Salman Khan berjaya ditahan pihak polis Mumbai selepas lebih sehari melarikan diri.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh wakil Jabatan Jenayah Mumbai yang memberitahu kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di daerah Gujarat, India pada lewat malam Isnin.

"Kedua-dua mereka yang melarikan diri dari telah berjaya ditahan dan akan di bawa semula ke Mumbai untuk siasatan lanjut," jelas wakil berkenaan.

salman khan 2

Polis mengawal ketat keselamatan Salman susulan ugutan bunuh.

Pada kejadian yang berlaku awal pagi Ahad lalu, dua individu yang menaiki motosikal itu melepaskan empat das tembakan di hadapan Pangsapuri Galaxy, Mumbai tempat Salman tinggal.

Polis dalam satu kenyataan sebelum ini juga memberitahu ia merupakan satu tindakan jenayah yang telah dirancang memandangkan dua lelaki berkenaan lengkap bertopeng.

Sementara itu, adik kepada seorang ketua gangster iaitu Lawrence Bishnoi mengesahkan mereka merupakan dalang di sebalik kejadian itu atas alasan sengaja mahu memberi amaran kepada Salman.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangster tuntut Salman Khan mohon maaf kes pemburuan haram, tanggung akibat jika berdegil

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut lancang Salman Khan bawa padah, mafia hantar ugutan bunuh

Kemelut antara Salman dan Lawrence sudah berlanjutan sejak tahun 2022 dan aktor berkenaan sebelum ini juga sudah banyak kali menerima ugutan bunuh.

Susulan ugutan yang diterima, Salman mendapat pengawasan polis selain dibenarkan membawa senjata api sebagai tujuan keselamatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain