suria

Hubungan sudah berakhir, Nikita Mirzani dedah jadi mangsa dera bekas teman lelaki

Nikita akhirnya berani bersuara.

PELAKON Nikita Mirzani mendedahkan pernah menjadi mangsa dera dipercayai dilakukan oleh bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Rizky Irmansyah.

Meskipun tidak menyebut secara jelas, namun menerusi perkongsian di laman Instagram, Nikita, 38, menulis nama RI sebagai gambaran individu di sebalik penderitaan dialami.

"RI, seorang yang pernah saya cintai menjadi punca penderaan mental dan fizikal dalam hidup saya.

nikita mirzani 3

Luahan Nikita di Instagram.

"Parut yang ditinggalkan semakin mendalam dan saya tidak mahu ia berterusan. Sudah tiba masanya untuk saya dedahkan realiti yang dialami.

"Dalam beberapa bulan ini saya melalui kehidupan yang tidak pernah dibayangkan. Bukan mahu menagih simpati tetapi untuk menunjukkan kebenaran," dedahnya.

Nikita berkongsi perkara tersebut selepas dia dan Rizky dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi kaitan dengan anak sulung, Nikita Mirzani buang nama Lolly sebagai pewaris harta

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan bercinta, Nikita Mirzani dan pembantu calon presiden Indonesia putus - “Selamatkan diri kamu Rizky!”

Pelakon ini juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh perbuatan kejam lelaki berkenaan.

Dalam masa sama dia sebelum ini hanya mampu bertahan kerana bimbang orang ramai tidak mempercayai kata-katanya selain penilaian sekeliling sekiranya bercakap benar.

"Terlalu lama saya berdiam atas tindakannya itu kerana takut penilaian dan orang tidak percaya. Saya tidak lagi mahu berdiam dan akan bercakap perkara benar.

nikita mirzani 2

Rizky (kanan) disyaki adalah lelaki yang dimaksudkan Nikita.

"Kepada mereka yang tidak percaya, saya ada bukti. Namun saya memilih untuk tidak berperang dengan kata-kata. Saya sedang fokus untuk memulihkan diri sendiri," ujarnya.

Kisah Nikita dan Rizky sebelum ini menjadi bualan ramai meskipun kedua-dua tidak pernah mendedahkan secara rasmi status hubungan mereka.

Rizky merupakan seorang ahli politik yang juga bertugas sebagai setiausaha sulit kepada calon Presiden Indonesia iaitu Probowo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain