suria

Baju tertanggal semasa jadi juri, Katy Perry menyorok bawah meja tutup guna bantal

Baju Katy Perry tertanggal semasa menjadi juri American Idol.

PENYANYI Katy Perry berdepan detik memalukan apabila baju yang dipakainya nyaris terbuka ketika rakaman program realiti American Idol (AI).

Menerusi video yang dikongsi olehnya di laman X, Katy dilihat kurang selesa apabila bahagian belakang bajunya terbuka secara tiba-tiba.

Katy 1

Krew membantu Katy Perry membaiki pakaiannya.

Katy kemudiannya mengambil bantal untuk menutup bahagian dadanya yang hampir terbuka.

Tidak lama selepas itu, terdapat beberapa kru termasuklah rakan juri iaitu Luke Bryan dilihat membetulkan pakaiannya selepas diarahkan oleh penyanyi terkenal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran tak naik punca Katy Perry tinggalkan American Idol, produksi intai Taylor Swift sebagai juri

ARTIKEL BERKAITAN: Jus bawang rahsia rambut Jaya Bachchan lebat, bau busuk buat anak-anak tak tahan

"Saya mahu baju saya kembali seperti sedia kala. Jika ia tidak dibetulkan, program ini akan menjadi lebih teruk lagi," selorohnya.

Katy juga dilihat menyorok di sebalik meja juri apabila bajunya itu gagal dibetulkan semula semasa program nyanyian itu sudah bermula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain