suria

Umur dah 43 tahun tapi masih anggun, netizen tegur penampilan seksi Wulan Guritno sambut ‘birthday’

Wulan Guritno dikecam netizen

BARU-BARU ini pelakon Indonesia Wulan Guritno mencuri perhatian netizen apabila berkongsi foto menyambut ulang tahun kelahirannya ke-43 pada Ahad.

Foto yang dimuat naik di Instagram itu mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Selain pujian, ada juga netizen mengecam penampilan Wulan atau Wulan Lorraine Guritno, 43, kerana dianggap kurang sopan kelihatan agak seksi untuk tatapan umum.

wulan guritno

Wulan Guritno bersama keluarganya

"Selamat Ulang Tahun kak @wulanguritno doa terbaik untuk kakak dan semoga kakak sihat dan bahagia selalu serta makin berjaya dalam kerjaya.

"Wulan ni tak seperti dulu lagi dah," antara komen netizen di media sosial.

Dalam foto berkenaan, wanita berdarah kacukan ini menyambut hari ulang tahunnya itu di sebuah pantai dengan mengenakan baju singkat berwarna jingga sambil ditemani keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tarik saman bekas kekasih, akhirnya sepakat selesai luar mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tak halang anak gadis berlakon, tapi awal-awal pesan jangan bagi malu!

Selain daripada kecaman, Wulan juga antara selebriti yang tidak terlepas menerima komen-komen berbaur nakal dan lucah dalam kalangan netizen.

Ramai yang didakwa seakan-akan ghairah melihat fotonya itu malah menjadikan dirinya sebagai tempat melempiaskan nafsu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain