suria

Berjenaka kes cabul remaja lelaki, netizen minta Dewi Perssik tendang kepala Saipul Jamil 

Netizen minta Dewi tendang kepada Saipul sekali lagi.

TINDAKAN pereka fesyen dan pempengaruh media sosial Ivan Gunawan membuka kembali kejadia hitam menimpa penyanyi Saipul Jamil mengundang kemarahan netizen.

Walaupun hanya sekadar melawak, ramai menyifatkan Ivan tidak sepatutnya membangkitkan kembali Saipul mencabul seorang remaja lelaki pada 2016.

Ini kerana Ivan seolah-olah cuba menormalisasikan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur.

size NP 1 - 2024-04-14T120643.442

Dewi pernah tendang kepala Saipul ketika ditangkap berlaku curang.

Lebih membuatkan netizen berang, Saipul yang turut berada ditempat kejadian turut ketawa terbahak-bahak apabila Ivan mengungkit kembali kejadian.

Susulan itu, netizen kembali mengorek video lama bekas isteri Saipul iaitu Dewi Perssik yang sebelum ini pernah mendedahkan kejadian penyanyi dangdut tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam rumah mereka.

Cerita Dewi, ketika dia menangkap Saipul sedang bermesra dengan seorang lelaki, dia bertindak menendang kepala bekas suaminya itu.

"Saya berada di tingkat atas ketika itu, di pangsapuri Kemayoran. Saya nampak dia sedang curang, saya terus tendang kepalanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami pertama belum berubah, Dewi Perssik ada bukti Saipul Jamil pengamal pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik masih teman wanita juruterbang, tunggu kekasih umum tarikh nikah

"Perkara itu betul, sebab dia curang dengan lelaki," jelasnya.

Sementara itu, netizen yang membanjiri ruang komen video yang diulang siar di aplikasi X meminta Dewi menendang sekali lagi kepada Saipul dan Ivan.

Kata netizen, cara Saipul memberi respon kepada lawak Ivan seolah-olah apa dilakukan bukan satu kesalahan dan jelas penyanyi itu masih belum insaf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain