suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nam Tae Hyun langgar pemandu teksi, lari sebab memandu dalam keadaan mabuk

Nam Tae Hyun didakwa memandu dalam keadaan mabuk.

BEKAS kumpulan Winner Nam Tae Hyun didakwa memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan dalam kejadian Rabu lalu.

Soompi melaporkan Nam Tae Hyun memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar sebuah teksi hingga memecahkan cermin sisi kenderaan berkenaan.

Menurut sumber, Nam Tae Hyun didakwa cuba melarikan diri selepas insiden tersebut.

059055100_1516035001-8

Nam Tea Hyun didakwa memandu dalam keadaan mabuk.

Sementara itu, Polis Gangnam, Seoul mengesahkan Nam Tae Hyun ditahan kerana memandu dalam keadaan pengaruh alkohol.

Hasil siasatan mendapati kandungan alkohol dalam darah Nam Tae Hyun tinggi iaitu sebanyak 0.114 peratus dan berkemungkinan lesen memandunya bakal dibatalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama BTS, RM akui sudah tidak kenal diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: BTS akhirnya sertai latihan tentera, akan kembali bersama pada 2025

Dalam pada itu, polis juga dikatakan sedang menunggu mangsa iaitu pemandu teksi yang terlibat dalam kejadian untuk siasatan lanjut.

Malah pihak polis juga bakal memanggil Nam Tae Hyun untuk siasatan lanjut.

"Kami bercadang untuk memanggil Nam Tea Hyun untuk menyiasat butiran lebih lanjut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain