suria

Justin Bieber kena tempias perangai isteri, peminat jerit tak puas hati semasa konsert

Justin Bieber terkena tempias gara-gara perbuatan isterinya.

PENAMPILAN Justin Bieber ketika menyanyikan lagu duet bersama Don Toliber di Festival Rolling Loud 2023 di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Ini merupakan kemunculan pertama penyanyi berusia 30 tahun selepas membatalkan Konsert Justice World Tour berikutan masalah kesihatan yang dihadapi.

Malah kemunculan Justin yang menyanyikan lagu Love Sick bersama Don meriah perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan terlihat gembira di atas pentas.

ChrisAllmeid-@ChrisAllmeid-dontoliver-3

Justin ketika lakukan persembahan bersama Don Toliber.

Bagaimanapun sebaik sahaja tamat persembahan, peminat Justin mula menjerit-jerit meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi berkenaan.

Rata-rata peminta mula menjerit nama isteri Justin iaitu Hailey Bieber dan meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan wanita tersebut kerana membuli penyanyi Selena Gomez pada bulan lalu.

"Persetan Hailey! Persetan Hailey! Persetan Hailey!" antara jeritan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu tua untuk ‘layan’ drama media sosial, Selena Gomez undur diri selepas disindir Hailey Bieber dan Kylie Jenner

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tamatkan persengketaan di media sosial, Selena Gomez minta peminat henti sindir Hailey Bieber

Sebelum ini, Hailey dan bintang realiti Kylie Jenner dikatakan sengaja menyindir Selena susulan penyanyi Calm Down itu tersilap melukis keningnya.

Malah Kylie dan juga Hailey turut berkongsi foto FaceTime dengan memfokuskan pada bahagian kening mereka.

Selena juga memaklumkan pengunduran dirinya dari media sosial selepas disindir Kylie dan Hailey.

Namun sehingga kini peminat Selena masih lagi tidak berhenti mengganggu Hailey dan juga Justin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain