suria

Ravi (Vixx) mengaku salah palsukan laporan perubatan elak masuk kem tentera

Ravi didakwa mengelak menyertai perkhidmatan tentera.

WARAN tangkap untuk ahli kumpulan Vixx iaitu Ravi dibatalkan selepas penyanyi itu mengaku salah melanggar peraturan demi mengelak daripada menjalani latihan ketenteraan.

Artis Korea itu didakwa mengelak menyertai perkhidmatan tentera melalui seorang broker dengan mendapatkan diagnosis epilepsi palsu bagi dikecualikan daripada latihan berkenaan.

Pada 6 Mac, hakim Kim Ji Sook dari Mahkamah Daerah Selatan Seoul menyiasat Ravi kerana melanggar Akta Perkhidmatan Tentera dan meneliti kesahihan waran tangkapnya.

ravi1 - 1

Ravi disiasat kerana melanggar Akta Perkhidmatan Tentera.

Selepas soal siasat, hakim menolak waran dan mengatakan sukar untuk menentukan bahawa terdapat risiko melarikan diri atau memusnahkan bukti.

Ini kerana Ravi mengakui kesalahannya dan hakim menganggap penahanan itu adalah tidak perlu.

“Walaupun pertuduhan ini serius, adalah standard untuk menjalankan siasatan terhadap suspek tanpa penahanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor 'Start Up' Nam Joo Hyuk sertai latihan tentera Mac ini, diletakkan dalam pasukan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS kongsi foto rambut pendek, peminat tak keruan tengok imej baharu sebelum sertai latihan tentera

“Berdasarkan bukti objektif yang dikumpul setakat ini, suspek mengakui pertuduhan terhadapnya.

“Kediaman dan kerjayanya stabil dan apabila mempertimbangkan pelbagai faktor, seperti hubungan sosial, sukar untuk mengatakan terdapat keperluan untuk menangkap suspek pada peringkat ini,” katanya.

Menurut laporan Soompi, sekumpulan broker ditangkap atas tuduhan rasuah untuk mengelak daripada latihan ketenteraan.

Tertuduh didakwa membawa pelanggan mereka kepada pakar neurologi di sebuah hospital di Seoul, sebelum diberikan diagnosis perubatan palsu bagi membantu mereka untuk dikecualikan.

Dalam pada itu, broker berkenaan dilaporkan mempromosikan diri mereka dengan mengatakan perhidmatan yang ditawarkan turut digunakan oleh penyanyi rap terkenal.

ravi2 - 1

Ravi mengaku salah palsukan laporan perubatan.

Laporan tersebut selanjutnya mendakwa bahawa penyanyi rap tersebut telah menarik diri daripada rancangan realiti popular Korea, 2 Days & 1 Night musim ke-4 kerana bakal menjalani khidmat ketenteraan.

Oleh yang demikian, peminat mula meneka bahawa info itu ditujukan kepada Ravi.

Bagaimanapun, agensi Ravi iaitu GROOVL1N berkongsi mereka sedang meneliti kebenaran bagi situasi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain