suria

Jin BTS kongsi foto rambut pendek, peminat tak keruan tengok imej baharu sebelum sertai latihan tentera

Jin BTS bakal menyertai latihan ketenteraan.

HANYA tinggal beberapa hari lagi sebelum pendaftaran latihan ketenteraan bermula, ahli kumpulan k-pop BTS iaitu Jin berkongsi foto potongan rambut terbaharunya kepada peminat.

Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin, 30, memuat naik fotonya di portal komuniti peminat, Weverse dengan menampilkan potongan rambut baharu untuk latihan ketenteraan yang bakal disertai.

"Hehehehehe ia lebih comel daripada yang saya jangkakan," tulisnya di kapsyen.

jin1 - 1

Jin kini berambut pendek untuk menyertai latihan ketenteraan.

Jin memilih potongan kemas yang sangat pendek sambil memakai t-shirt hitam.

Rata-rata peminat memberikan pujian dan mendoakan agar penyanyi itu dapat melakukan yang terbaik sewaktu menjalani latihan ketenteraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Korea Selatan buat tinjauan sama ada BTS perlu jalani latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: BTS akhirnya sertai latihan tentera, akan kembali bersama pada 2025

"Dah potong rambut pun, macam mana boleh kelihatan masih kacak?

"Betul, masih yang paling comel.

"Walau apa pun yang berlaku, saya bangga dengan kamu dan sentiasa mendoakan agar kamu pulang dengan selamat," tulis netizen.

jin2 - 1

Peminat pasti merindui pemergian Jin selepas menjalani latihan tentera.

Sebelum ini, Jin mengesahkan bahawa dia akan menyertai latihan tentera pada Selasa dan akan ditempatkan di kem latihan di Yeoncheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan selama lapan minggu.

Selepas latihan tersebut, dia akan ditempatkan ke unit barisan hadapan tentera dan secara keseluruhannya Jin bakal melaksanakan tugas latihannya selama 18 bulan.

Untuk rekod, isu tentang penglibatan BTS dalam latihan ketenteraan sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Pihak kerajaan negara itu sebelum ini dikatakan sedia memberi pengecualian kepada ahli kumpulan ini daripada menyertai program berkenaan atas dasar kejayaan dalam bidang seni yang telah dicapai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain