suria

Kerajaan Korea Selatan buat tinjauan sama ada BTS perlu jalani latihan ketenteraan

Kumpulan BTS tetap perlu menjalani latihan ketenteraan meskipun terkenal di seluruh dunia.

ISU sama ada anggota kumpulan kpop terkenal BTS patut dikecualikan daripada menjalani latihan ketenteraan menjadi topik hangat di Korea Selatan ketika ini.

Ini kerana anggota paling tua dalam BTS iaitu Jin bakal mencecah usia 30 tahun pada Disember ini dan dikatakan akan disenaraikan mendaftar memasuki kem tentera dalam masa terdekat.

Mengikut undang-undang di negara itu, semua kaum lelaki perlu menjalani latihan ketenteraan selama 18 hingga 21 bulan sebelum usia mereka mencecah 30 tahun.

Parlimen negara itu dilaporkan bakal membuat keputusan berhubung perkara itu dengan melakukan tinjauan yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Jin

Jin bakal menjadi anggota BTS pertama menyertai latihan ketenteraan.

Ramai yang menyokong agar kumpulan itu dikecualikan daripada menjalani latihan ketenteraan ekoran sumbangan besar mereka dalam industri muzik dan menjadi ikon di seluruh dunia.

Populariti BTS bukan sahaja memperkenalkan kpop di seluruh dunia tetapi telah meletakkan Korea Selatan sebagai negara dikenali dan kumpulan itu bertanggungjawab mengharumkan nama negara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun iCloud digodam, foto V BTS cium dahi Jennie Blackpink tersebar

Atas sumbangan itu, peminat percaya kesemua anggota BTS perlu dikecualikan agar dapat terus memperkukuhkan nama Korea Selatan di pentas dunia.

Sementara itu, BTS menerusi syarikat pengurusan mereka memberitahu kesemua anggota kumpulan itu bersedia untuk berkhidmat apabila dipanggil berbuat demikian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain