suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai seminggu kembali solo, Leonardo DiCaprio kini tagih cinta Gigi Hadid

Hubungan Leonardo dan Gigi kini jadi perhatian.

BELUM seminggu dilaporkan putus cinta, pelakon Leonardo DiCaprio kini dikatakan mula menjalinkan hubungan dengan model terkenal Gigi Hadid.

Menurut sumber seperti yang dipetik dari In Touch, kedua-dua mereka sudah lama berkenalan dan Gigi memiliki ciri-ciri wanita idaman Leonardo.

Bagaimanapun satu sumber lain memberitahu mereka hanyalah kawan rapat walau beberapa kali dilihat meluangkan masa bersama kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta Leonardo DiCaprio segera kahwin Camila, bimbang anak terus hidup bujang!

“Mereka sudah mula kenal sejak beberapa tahun lalu. Gigi adalah wanita idaman Leonardo. Dia cantik, seksi dan sentiasa merendah diri.

“Mereka beberapa kali berjumpa sepanjang musim panas ini.

“Pertemuan mereka hanya biasa sahaja dan tidak berpanjangan. Mereka mempunyai kelompok rakan yang sama,” jelas sumber berkenaan.

Pada 31 Ogos lalu, Leonardo disahkan putus cinta dengan bekas kekasihnya Camila Morrone selepas empat tahun mereka bersama.

Sementara itu Gigi pula sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi Zayn Malik dan mereka memilik seorang anak perempuan iaiyu Khai yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain