suria

Selepas Dewa 19, Rizky Febian kini giliran Afgan umum konsert di Kuala Lumpur

Peminat teruja menantikan konsert Afgan Disember ini.

DERETAN konsert artis dari Indonesia bakal berlangsung di Malaysia seperti Dewa 19, Rossa, Ungu, Rizky Febian, Gigi dan sebagainya yang membuatkan peminat tidak senang duduk.

Terbaharu, penyanyi popular negara itu, Afgan turut memaklumkan bakal mengadakan Konsert Afgan Evolution Live in Kuala Lumpur pada Disember depan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Afgan bakal mengadakan persembahan itu pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenary KLCC, Kuala Lumpur.

AFGAN 2

Konsert Afgan Evolution Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada Disember depan

Pengumuman itu telah membuatkan peminat penyanyi itu bagai hilang kawalan kerana sudah lama menantikan kehadiran Afgan mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

"Ayuh! Habislah duit banyak konsert nak pergi. Impian akhirnya jadi kenyataan.

"Selamat datang ke Kuala Lumpur! Tak sabar nak tunggu kehadiran Afgan! Memang confirm akan pergi," tulis peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut berdepan juri, Afgan cabut lari uji bakat Indonesian Idol sebab pemalu

Sementara itu, Afgan memberitahu pada konsert berkenaan dia akan menghiburkan peminat dengan lagu terbaharu dan hits yang pastinya akan disukai peminat.

Antara lagu yang menjadi siulan peminat adalah Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Pesan Cinta, Entah, Panas Asmara dan banyak lagi.

Afgan kali terakhir beraksi di negara ini adalah pada 2019 menerusi Inspirasi Afgan Live in Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain