suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Obses dengan Blackpink, Lucinta Luna harap peminat suka penampilan sebagai Jisoo

Lucinta Luna mengakui sudah tidak terkira dia melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.

SELEBRITI Indonesia Lucinta Luna mengharapkan penampilan baharunya dapat diterima masyarakat sekali gus memuaskan keinginan untuk kelihatan persis bintang kegemarannya, Jisoo Blackpink.

Kata Lucinta, setelah melakukan beberapa pembedahan plastik di Korea Selatan baru-baru ini, tahap kesihatannya semakin pulih namun beberapa bahagian wajah seperti pipi dan mata masih bengkak.

“Ini masih bengkak kerana semua lemak di perut sudah dipindahkan ke muka, pipi, mata dan ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna mahu kembali jadi Fatah, menyesal ubah jantina - “Cukuplah... saya takut dosa”

“Dalam tempoh sebulan saya melakukan tiga pembedahan. Minggu pertama dahi, hidung dan bibir. Minggu kedua lemak pindah ke muka dan rahang sebelum peti suara,” terangnya.

Lucinta Luna turut mengakui sudah tidak terhitung jumlah pembedahan plastik yang sudah dilakukan semata-mata untuk memenuhi keinginannya.

Meskipun memilih untuk memiliki wajah persis Jisoo namun Lucinta Luna tetap mengakui dia merupakan peminat setia Lisa dan penyokong tegar penyanyi kelahiran Thailand itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain