suria

Tak puas hati penampilan Johnny Depp di VMA 2022, adik Amber Heard kutuk MTV!

Adik Amber Heard, Whitney Heard (kiri) mengkritik tindakan MTV VMA 2022 yang menampilkan Johnny Depp di acara anugerah.

ADIK pelakon Amber Heard iaitu Whitney Heard mengutuk tindakan MTV kerana menampilkan Johnny Depp di acara MTV Anugerah Muzik Video (VMA) 2022 pada Isnin lalu.

Selain menyifatkan tindakan penganjur tersebut tidak adil, Whitney Heard turut menyindir kakitangan MTV.

"Kamu menjijikkan dan kelihatan berputus asa.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard ditawar berlakon filem porno dengan bayaran RM40 juta

"Saya benar-benar berharap tiada satu pun antara mereka yang membuat keputusan itu mempunyai anak perempuan," katanya di Instagram.

Penampilan Depp dalam MTV VMA 2022 digambarkan sebagai Moon Person dengan mengenakan pakaian angkasawan.

Moon Person merupakan ikon MTV VMA sebagai lambang penghormatan apabila MTV pertama kali ditayangkan pada 1981 bagi rakaman detik pendaratan Apollo 11 di bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain