suria

Amber Heard ditawar berlakon filem porno dengan bayaran RM40 juta

Heard dapat bayaran puluhan juta jika terima tawaran berlakon porno.

PELAKON Amber kini sedang berdepan masalah kewangan susulan gagal kes saman fitnah yang dikemukakan oleh bekas suaminya iaitu Johnny Depp sebelum ini.

Kes tersebut juga telah menjejaskan nama baik Heard sehingga menyebabkan dia tidak banyak menerima tawaran berlakon.

Prihatin dengan nasib yang menimpa bintang filem Aquaman itu, sebuah agensi menawarkan Heard untuk terlibat dalam sebuah produksi filem porno dengan bayaran mencecah lebih RM40 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard isytihar bankrap, mohon rayuan semula kes saman fitnah terhadap Johnny Depp

"Kami telah menghubungi beberapa produksi filem porno yang berminat untuk menawarkan Heard berlakon," jelas wakil agensi Zen Models dalam sebuah video di YouTube.

Heard bagaimanapun tidak memberi sebarang respons terhadap tawaran tersebut dan jelas sekali dia tidak akan terlibat dalam mana-mana pembikinan filem berunsur sedemikian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah di Faifax, Virginia mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh Depp.

Juri turut memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain