suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner dituduh terlalu manjakan anak, Stormi bergaya sakan beg tangan RM5,000

Beg tangan Stormi menarik perhatian peminat yang memuji penampilannya.

BIARPUN baru berusia empat tahun namun penampilan anak selebriti Kylie Jenner, Stormi dianggap menyerlah dan setanding fesyen ibunya.

Stormi baru-baru ini dilihat mengayakan mini gaun berwarna perak bersama beg tangan bernilai AS$1,000 (RM4,470).

Penampilan tersebut menarik perhatian peminat yang menganggap Jenner agak memanjakan anaknya sedangkan Stormi masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dituduh mencemarkan alam, guna jet peribadi untuk penerbangan 3 minit!

"Dia memang berkemampuan tetapi mungkin itu agak berlebihan dengan usianya," kata peminat.

Stormi melaram ketika bersama ibunya ketika hadir ke majlis pelancaran Kylie Cosmetics di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beg tangan mini jenama Attico dikatakan menjadi kegemaran Stormi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain