suria

Amber Heard isytihar bankrap, mohon rayuan semula kes saman fitnah terhadap Johnny Depp

Depp dan Heard sama-sama buat rayuan semula kes saman fitnah.

KES saman fitnah antara pelakon Johnny Depp dan bekas isteri, Amber Heard bagaikan tiada kesudahan apabila ia dijangka bakal dibicarakan semula selepas kedua-duanya mengemukakan rayuan.

Sebelum ini, Amber membuat pengisytiharan bankrap dan disebabkan itu dia memfailkan rayuan untuk tidak membayar saman fitnah berjumlah kira-kira RM45 juta.

Peguam kepada Depp iaitu Camille Vasques dalam satu kenyataan memberitahu tindakan mereka mengemukakan rayuan adalah kerana mahu melindungi kepentingan anak guamnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa juri ditukar, Amber Heard mohon kes fitnah dibicarakan semula

"Keputusan mahkamah sebelum itu telah jelas. Kedua-dua pihak sepatutnya meneruskan hidup mereka sendiri.

"Namun jika Amber mengemukakan rayuan, kami akan buat perkara sama untuk melindungi hak Johnny Depp," jelasnya seperti yang dipetik dari The News.

Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah di Faifax, Virginia mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh Depp.

Juri turut memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain