suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EXY dan SeoIA WJSN cedera terlibat kemalangan jalan raya

Exy dan SeoIA mengalami kecederaan ringan akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

DUA angota kumpulan WJSN, Exy dan SeoIA mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu.

Menurut pengurusan Starship Entertainment, insiden itu berlaku ketika kedua-duanya ingin ke lokasi sebuah acara persembahan sebelum kereta dinaiki mereka terbabas.

“Mereka tidak mengalami kecederaan parah dan terus dibawa ke pusat rawatan dan melakukan pemeriksaan menyeluruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman kamera ‘dashboard’ bercanggah kenyataan suami tentang kematian artis Korea

“Kami sangat mengutamakan kesihatan artis dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam memastikan kedua-dua mereka pulih tanpa kesan sampingan,” kata wakil.

Pihak pengurusan turut memohon maaf kerana telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain