suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima peserta X-Factor mahu saman Simon Cowell, dakwa jadi mangsa buli dan penganiayaan

Simon Cowell dikatakan terlibat dengan kejadian buli, penganiayaan dan pengabaian ke atas lima bekas peserta X-Factor.

LIMA bekas peserta program realiti X-Factor dilaporkan akan membuatkan tindakan saman terhadap syarikat milik Simon Cowell, SyCo sebanyak AS$1 juta (RM4.4 juta).

Kelima-lima mereka bertindak demikian kerana mendakwa menjadi mangsa buli, penganiayaan dan pengabaian sepanjang menyertai program berkenaan.

Kata wakil peguam bekas peserta terbabit, Cowell perlu bertanggungjawab menampung kos sara hidup kesemua mangsa disebabkan kesan trauma yang dihadapi mereka.

"Kami tidak hanya menuntut pampasan tetapi berusaha untuk mencari keadilan.

"Kami juga mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaan seperti kiriman e-mel, rakaman dan penilaian psikologi," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nyaris lumpuh kerana jatuh basikal, Simon Cowell sedia gegar pentas akhir ‘America's Got Talent’

Perkara itu bagaimanapun ditolak oleh pihak Cowell yang mengatakan selebriti terbabit tidak terlibat dengan sebarang dakwaan lima bekas peserta itu.

"Kebajikan mereka yang menyertai program ini menjadi keutamaan kami.

"Kami mempunyai pasukan yang hebat untuk mengatasi perkara tersebut dan Cowell sama sekali tidak terlibat secara peribadi dalam insiden ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain